Monday, October 26, 2009

PERKILANGAN

PERLADANGAN:-

Ladang Organik - Satu sistem pertanian yang memelihara keharmonian kesihatan manusia dan alam semulajadi. Ternakan diberi sumber nutrien semulajadi yang disahkan organik 100% yang bebas dari bahan kimia dan racun serangga.

Semulajadi - Dengan keluasan melebihi 20 ekar kehijauan alam semulajadi dengan udara nyaman,padang rumput segar serta ilmu amalan perladangan organik yang terbaik, hasil tenusu HR disanjung tinggi di seluruh negara kerana berkualiti tinggi dan berkhasiat.

Konsep Baru - Ladang organik HR mengamalkan teknik 'New Concept' yang menekankan kaedah kawalan biologi. Menjadi keutamaan terpenting dalam setiap aspek penternakan & perladangan , di mana tiada bahan kimia atau antibiotik diaplikasi bagi memastikan ternakan benar-benar secara semulajadi.

Sistematik - Pengurusan ladang yang sistematik dengan sistem pemakanan yang berjadual, amalan kebersihan dan rutin aktiviti harian sentiasa diaplikasikan untuk memastikan kualiti susu yang terhasil adalah bermutu tinggi serta dapat memenuhi keperluan permintaan.

Terlatih - Kombinasi antara tenaga kerja terlatih, mesin teknologi terkini dan baka kambing terpilih seperti Anglobean, Toggenberg, SAnaen dan Alpine telah meningkatkan pengeluaran hasil tenusu dengan kapasiti sebanyak 800 liter hingga 1000 liter sehari. Bangsal berukuran 20x60 lebar yang mengamalkan sisitem intensif berupaya memuatkan 400 ekor kambing induk, ruang anak kambing, kambing yang menyusu bagi memastikan hasil tenusu yabng dihasilkan adalah yang terbaik.

Teknologi - Berbekalkan pengaplikasian sistem operasi perkilangan yang mantap, penggunaan teknologi yang canggih serta penggunaan bahan mentah yang segar dan terpilih menjadikan kami lengkap berada di dalam pakej syarikat yang berjaya.

Lancar & Mantap - Kami amat menitikberatkan perjalanan operasi perkilangan yang mantap dan lancar, bermula daripada perancangan pengeluaran bahan mentah, perlaksanaan operasi pembuatan hingga proses dokumentasi operasi perkilangan.

Kualiti - Kami sentiasa mengeluarkan produk yang berkualiti serta mampu memenuhi keperluan pengguna mengikut masa yang ditetapkan.



No comments:

Post a Comment